
Selamat datang ke Laman Web Rakan Pembimbing, Jabatan Perdana Menteri dan Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Di dalam era globalisasi dan liberalisasi ini kemahiran kemanusiaan adalah faktor penentu maju mundurnya sesebuah negara. Untuk terus mempertahankan kecemerlangan negara ini di samping persaingan dalam pelbagai bidang, kita harus berdepan dan bijak menggunakan peluang dan cabaran yang ada. Minda kita harus bersedia menghadapi ledakan perubahan yang datang daripada segi politik, ekonomi serta sosial untuk terus berdiri sama tinggi dengan orang lain. Oleh itu, Rakan Pembimbing Jabatan Perdana Menteri merupakan sebuah agen yang menitikberatkan soal sosial budaya masyarakat melalui kemahiran kemanusiaan diharap dapat membantu dan membimbing warga Jabatan Perdana Menteri supaya sentiasa cergas dan cerdas minda bebas dari tekanan. Rakan Pembimbing bertanggungjawab menyemai pemikiran, membentuk sikap dan budaya masyarakat agar pembentukan nilai kemanusiaan yang positif dapat dipertingkatkan terutamanya dalam membantu negara ke arah kegemilangan. Laman web ini adalah satu inisiatif Jabatan Perdana Menteri mendampingi masyarakat dalam segi penyaluran maklumat, kegiatan dan pembangunan manusia dengan harapan agar warganya sentiasa memahami dan bersama-sama membantu meningkat kejayaan negara dan seterusnya melahirkan individu yang tinggi sahsiah diri.
Hj. Ab. Latif bin Ibrahim
Presiden Kelab Rakan Pembimbing
Jabatan Perdana Menteri





