Skip to Content
Normal Warna Merah Warna Biru Warna Hijau Firefox Adobe Reader W3C
  • Increase
  • Decrease
  • Normal
English Log Masuk

keselamatan


 


SOALAN LAZIM BERKAITAN SEKSYEN KESELAMATAN

Apakah prosedur bagi permohonan pas keselamatan tetap/ sementara?

Jawapan :

  • Prosedur permohonan pas keselamatan tetap / sementara

    a) Pas Keselamatan Tetap

    - Dikeluarkan bagi pegawai dan kakitangan yang bertugas di dalam  Jabatan Perdana Menteri (Bangunan Perdana Putra dan Kompleks Jabatan Perdana Menteri)

  • - Pemohon dikehendaki mengemukakan:

    i) Surat lantikan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
    ii)Surat penempatan pegawai/ kakitangan
    iii)Salinan kad pengenalan pegawai/ kakitangan
    iv)Surat pengesahan daripada jabatan
    v)Borang permohonan Pas Keselamatan Tetap yang telah lengkap diisi.

    b) Pas Keselamatan Sementara

    - Pegawai dan kakitangan JPM tetapi bertugas di luar kompleks pentadbiran JPM.
    - Pelatih/ Sambilan/ Kontrak yang bertugas di dalam kompleks pentadbiran JPM.
    - Kakitangan agensi swasta yang sering / kerap berurusan di kompleks pentadbiran JPM.
    - Pemohon dikehendaki mengemukakan:

    i)Surat sokongan dari jabatan/ agensi yang berurusan.  
    ii)Borang permohonan Pas Keselamatan Sementara yang telah lengkap diisi dengan memastikan;
    - ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ agensi/ syarikat
    - perakuan ketua Jabatan yang kerap dikunjungi di kompleks JPM.
    iii) Bayaran sebanyak RM60 bagi setiap permohonan yang baru –
    (surat dari Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 11 Oktober 1999 bil. (Sk2/99) dlm. KK/BP(2.00)248/14-6)


Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kes-kes kecemasan seperti kecurian, kemalangan, pencerobohan, kebakaran dan sebarang pelanggaran keselamatan?

Jawapan :

- Anda adalah diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan, Seksyen Keselamatan di talian 03-88893063 bagi tindakan selanjutnya.
-  Bilik Gerakan Seksyen ini adalah berfungsi bagi menerima dan menyalurkan sebarang maklumat penting serta menyediakan bantuan kecemasan kepada pegawai/ kakitangan Jabatan yang bertugas di Bangunan Perdana Putra dan Kompleks JPM.